Skip to main content

Ride "mengejut" ke Cameron Highland

Al-kisah pada hari jumaat (aku tak ingat pulak brape haribulan) aku offday, dan untuk pengetahuan korang walaupon offday sehari, aku kerap balik ke kampung aku di kuala lipis pahang (rumah mak saudara aku) memandangkan hanya 2jam perjalanan dari kuala lumpur, aku pulak jenis yang tak suka budaya lepak-melepak ni (amat sesuai sebagai calon suami mithali...hahahaha), so solution nya aku balik kampung lagi best, jiwa bikers doe..hahahaha

Sesampainya aku di kampung, aku tengok sepupu aku sedang rancak memasak lauk-pauk dan lemang untuk meniaga (sepupu aku sorang je yang buat lemang di pasar malam kuala lipis, singgah lah kalau korang datang ke kuala lipis, best lemang in town) biasanya dia dibantu oleh anak-anak dia, so aku pon dimaklumkan bahawa diorang pergi ke ipoh perak, esok (sabtu) baru diorang balik ke sini.
So skip pasal pasar malam, balik berniaga sepupu aku pon cakap, "esok kita naik cameron nak?"
aku terkejut bila dia kata nak naik esoknya, aku punyalah plan dari taun lepas nak naik, ada saje aral melintang, aku pon on je la, plan kitorang macam ni, pergi naik motor dengan aku, sampai kat cameron, petang dia balik naik kereta dengan anak dia, kira aku pergi berdua balik sorang, sebab aku kena kerja malam tu jugak, so aku dari cameron tu terus ke kuala lumpur.
gambar ehsan dari en.google

Sesampainya aku di (kopi pes perengan ke dua..hahaha) cameron highland setelah lebih kurang 2jam 30minit,
aku dengan pantasnya pergi ke tandas, hahahaha...dari tengah highway lagi perut aku meragam, spoil betul..hahahaha...ehemm abis pasal tandas tu kitorang jejalan lah cuci mata, dah la camera aku tak bawak bateri handphone pulak da separuh, so memang takde sangat picture masa jejalan yang nak ditayang disini, sadis sungguh..

Dan pada jam 2 sepupu aku pon jumpa anak dia dan balik ke kuala lipis, tinggallah aku keseorangan di cameron highland yang cantik panoramanya, nekad aku dalam hati yang aku akan pergi lagi, dan kali ni aku nak snap pictura banyak-banyak (perasan photographer pro).

cameron dengan strawberry tak dapat dipisahkan, ni antara tempat aku pergi, gambar ehsan en.google lagi

Jalan punya jalan, waktu da dekat jam 5, aku pon sempat singgah di pasar malam di situ, suasana semakin seram dingin, apa lagi, perkena buger bakar baq hang! memang sedap, sejuk-sejuk kena buger bakar...hahahaha

suasana permandangan pasar malam cameron, lagi gambar ehsan en.google

Dalam jam 6 aku pun bertolak balik ke kuala lumpur, sempat aku snap gambar permandangan waktu petang dengan sunset di highway...ada la 2/3 bijik kereta lalu masa aku snap, enter frame sungguh..huhuhu

permandangan tepi highway selepas turun dari pekan cameron

permandangan hampir ke sungai koyan

Itu je yang sempat aku snap semasa berada dicameron highland, insyaAllah ada rezeki aku kesana lagi..sangat best untuk melegakan kepala yang stress, kena pulak cuaca panas ni lagi ramai orang naik kesana kot..hehehehe...panjang jugak aku menaip harini, well sehingga ketemu lagi di lain entry...adiosss eberibodi.

Assalamualaikum

-Panahhijau

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN : MaxisCelcomDigiFree #jmbelog

1st Author buat "Kambek"

Hai....sorry lama sangat berdiam diri, sebelum memulakan bicara, aku ingin berterima kasih kat 2nd author sebab dengan jayanya meneruskan blog ni dari terus senyap.. credit gambar untuk 2nd author.

Sekarang ni dah masuk bulan December, kalau tak salah last bulan september atau ogos entry yang dibuat, yang lain semuanya diuruskan oleh 2nd author (baik orangnye...huhuhuhu...xmintak upah pon) sekarang ni aku cuba untuk meluangkan masa untuk jenguk-jenguk blog ni...
Okeh, first of all, nak tanya Yolss la kan, ujung tahun ni mana tempat best untuk bercuti? Annual Leave berlambak gara-gara jarang bercuti (Pekerje terbaik baq hanggg) so boss bising, "you aaaa...kena habiskan you punya cuti..kalau tak you rugi wooo...syarikat tarra bayar atau Carry Forward you punya cuti wooo".. Gitu la serba sikit bebelan boss aku..hahaha..
So jenuh pikir kemana nak pergi untuk habiskan cuti, maybe masa tu nanti berlambak la entry yang akan di update..hahaha...kalau ada tempat yang best untuk tenangkan…

Sebulan Sehari

Hari ini genap sebulan tau tak update blog ni.. Kalau orang, pasti nya merajuk. Hahaha.. Busy ke? Mungkin laa.. Mungkin.. Lagipun nak update ni, mesti ada jiwa.. Jiwa tu penting. Tukang update ni pun bukan pemilik blog sebenar. Second author. Ntah la pemiliknya menghilang kemana. 😒😒😒.. Kalau nak update yang pelik-pelik pun mesti dia tak perasan. Hahaha.. khianat sikit..
Takde apa nak story kat sini. Nak share gambar pemilikk blog laa.. Nak tahu tak ?? Jap.. Nak upload. Hahaha..
Jeng..jeng.. jeng...

Dapat up gambar lower body je.. Pemilik blog masih ingin merahsiakan identiti sebenar.. Sebab pegang amanah, jadi kita lanje gambar ni je laa.. Hohoho.. Jangan marahhh aaa..


PAKAI BAJU WARNA MERAH, PLEASE JANGAN MARAH. 

Jumpa lagi semua.. :D

Yang ikhlas, HH.. 
psstt... nanti singgah blog saya jugak tau..COMEL