Skip to main content

5 Idea Hebat Untuk Sesiapa Yang Nak Up-kan 'Self Defense Skill'


FILEM ANTARABANGSA
cover-image
Perasan tak sekarang ni macam-macam perkara buruk yang berlaku hari-hari. Ada kes culik lah, kes bunuh la, kes rompak la. Jadi, amatlah penting untuk korang belajar seni mempertahankan diri, sekurang-kurangnya korang mampu melindungi diri sendiri bila masa kecemasan kan?
Nah, kami senaraikan beberapa seni mempertahankan diri yang boleh korang belajar!

1.Krav Maga

krav-maga-gif1
Untuk pengetahuan korang, Krav Maga sememangnya direka untuk membolehkan orang awam, terutamanya kaum wanita untuk mempertahankan diri mereka ketika waktu kecemasan. Krav Maga juga tidak menggalakan kekerasan dan keganasan dalam gerak langkahnya. So, ianya lebih mudah dipelajari!

2. Keysi Fighting Method

keysi-gif-1
Keysi Fighting Method atau nama ringkasnya KFM direka untuk beraksi ketika mempertahankan diri. Oh ya, kalau korang nak tahu seni KFM juga diaplikasi dalam siri Batman dan juga filem Jack Reacher. Kiranya korang memang tahap ‘star’ la bila power praktis KFM ni!

3. Silat

silat-gif-1
Rasanya ramai orang Melayu yang memang dah ada ilmu persilatan ni kan. Malah, silat ni juga ada banyak jenis, silat gayong, silat harimau, silat lincah, silat langkah simba dan macam-macam lagilah. Bergantung kepada korang nak belajar yang mana.. Tapi, make sure niat tu kena betul, jangan sebab nak belasah orang saja-saja je ya!

4. Aikido

aikido-gif-1
Berasal dari Jepun, Aikido adalah seni mempertahankan diri yang menggunakan teknik ‘kunci’, ‘pegang’ dan ‘campak’ untuk mematahkan serangan lawan. Ala, teknik ni selalu digunapakai oleh Bruce Lee okay!

5. Muay Thai

muay-thai
Seni mempertahankan diri yang terkenal di Thailand dan negara-negara asia ini banyak persamaannya dengan seni pradal serey di Kemboja, lethwei di Myanmar, tomoi di Malaysia dan juga seni tinju. Ianya banyak menggunakan gerak tangan dan stepnya pun memang agak mudah untuk kita praktis tau.

Korang nak belajar self defense daripada filem? Tengok Assassin’s Creed!



credit : OhBulan!

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN : MaxisCelcomDigiFree #jmbelog

1st Author buat "Kambek"

Hai....sorry lama sangat berdiam diri, sebelum memulakan bicara, aku ingin berterima kasih kat 2nd author sebab dengan jayanya meneruskan blog ni dari terus senyap.. credit gambar untuk 2nd author.

Sekarang ni dah masuk bulan December, kalau tak salah last bulan september atau ogos entry yang dibuat, yang lain semuanya diuruskan oleh 2nd author (baik orangnye...huhuhuhu...xmintak upah pon) sekarang ni aku cuba untuk meluangkan masa untuk jenguk-jenguk blog ni...
Okeh, first of all, nak tanya Yolss la kan, ujung tahun ni mana tempat best untuk bercuti? Annual Leave berlambak gara-gara jarang bercuti (Pekerje terbaik baq hanggg) so boss bising, "you aaaa...kena habiskan you punya cuti..kalau tak you rugi wooo...syarikat tarra bayar atau Carry Forward you punya cuti wooo".. Gitu la serba sikit bebelan boss aku..hahaha..
So jenuh pikir kemana nak pergi untuk habiskan cuti, maybe masa tu nanti berlambak la entry yang akan di update..hahaha...kalau ada tempat yang best untuk tenangkan…

Sebulan Sehari

Hari ini genap sebulan tau tak update blog ni.. Kalau orang, pasti nya merajuk. Hahaha.. Busy ke? Mungkin laa.. Mungkin.. Lagipun nak update ni, mesti ada jiwa.. Jiwa tu penting. Tukang update ni pun bukan pemilik blog sebenar. Second author. Ntah la pemiliknya menghilang kemana. 😒😒😒.. Kalau nak update yang pelik-pelik pun mesti dia tak perasan. Hahaha.. khianat sikit..
Takde apa nak story kat sini. Nak share gambar pemilikk blog laa.. Nak tahu tak ?? Jap.. Nak upload. Hahaha..
Jeng..jeng.. jeng...

Dapat up gambar lower body je.. Pemilik blog masih ingin merahsiakan identiti sebenar.. Sebab pegang amanah, jadi kita lanje gambar ni je laa.. Hohoho.. Jangan marahhh aaa..


PAKAI BAJU WARNA MERAH, PLEASE JANGAN MARAH. 

Jumpa lagi semua.. :D

Yang ikhlas, HH.. 
psstt... nanti singgah blog saya jugak tau..COMEL