Mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya doodle tu apa? Ha.. Meh sini kami nak cerita sikit. Doodle bermaksud melukis secara bebas dan mudah. Ala, macam selalu kita buat dalam kelas bila bosan-bosan tu, lukis gambar orang la, conteng-conteng muka superhero la. Tapi,apa yang menariknya, doodle kini seakan-akan sudah dikomersialkan dengan dijadikan doodle art. Dek kerana itu, kami pun panggil beberapa orang doodler terkenal di Malaysia untuk menunjukkan bakat mereka! Siapa agaknya mereka? U Mobile Doodle Battle Episod 1 : Drama Melayu Untuk episod pertama U Mobile Doodle Battle menampilkan Arif Farhan dan Shazni dengan tema ‘Drama Melayu’. Fuh, memamg macam-macam permintaan daripada para pengikut OHBULAN! untuk melukis karakter drama Melayu kegemaran mereka. Yang pasti, hasilnya memang awesome! U Mobile Doodle Battle Episod 2 : Superheroes Manakala, untuk episod kedua U Mobile Doodle Battle menampilkan team OHBULAN! sendiri iaitu Alyas bersama Arif Farhan! K...