Skip to main content

pengajaran kedua berpuasa

 
 
Hallu semua (biarpon xramai), Selamat berpuasa kepada semua!! sedar tak sedar dah masuk da bulan mulia bulan Ramadhan...kali ni aku hendak berkongsi cerita tentang pengajaran yang aku dapat semasa aku kecil (sambungan cerita sebelum ni), tapi sebelum tu, terima kasih kat Second author (bukan pemanah hijau, dia pemanah hatiku...cia ciaa ciaaa...) baru la tak sunyi sangat blog nih nanti...hahahahaha... 
 
 
Berbalik kat story line kita, banyak pengajaran yang aku dapat semasa bulan ramadhan ni sebenarnya...salah satunya ialah sewaktu darjah 6, siap je latihan jasmani (bulan pose pon main bola baq hang) masuk je bilik air nak salin pakaian, member aku selamber togok (togok, tegok, teguk adalah same yer) air paip, kawan aku tegurlah, kan dalam bulan pose ni, kawan aku jawab, "mok keh kabo, ame dahage sangat sampei nok pensan boleh tegok tapi setegok je lah" hahaha...aku tau korang tak paham (saje nak buli korang)...jap aku translatekan.."mak aku kata, kalau dahaga sangat sampai nak pensan boleh teguk tapi seteguk je lah" apa lagi semua orang termasuk aku percaya, dah dahaga sangat kan...
 
 
Balik kelas semua muka segar je, nak dijadikan cerita, ada budak perempuan nampak kitorang minum air pepsi (paip besi), (kitorang lupe tutup pintu bilik air sebab sedap sangat  minum air) semua lelaki dalam kelas kena diri atas kerusi, hahahaha..padan muka aku, percaya sesuatu bukan pada sumber yang sahih.
 
So moral of the story kali ni ialah, bila kita dapat sesuatu berita, atau cerita..siasat dulu, cerita tu datang dari mana, dari siapa, dari sumber mana..kemudian tanya orang yang lebih arif tentang perkara tu, barulah kita sebarkan jika perlu...
 
Adoii..hahaha...setiap kali terkenang cerita lama pasti tergelak sorang, in sya allah ad masa aku songsikan lagi pengalaman aku..sekian dulu nukilan aku pada hari pertama puasa...berjumpa lagi pada masa akan datang..
p/s: Aku ingin mengambil peluang ini untuk menguncapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca.

Assalamualaikum
-PanahHijau

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun

Saya jumpa blog ini melalui blog orang lain ketika saya sedang scroll di reading list. Tapi blog siapa, saya dah lupa.. Hehehehe.. Blog ini kemas dan paling penting, loading lajuu... Goodluck untuk diri saya, serta penganjur.. Semoga GA ini sukses yawww..

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com