Skip to main content

Pengalaman Pertama Puasa


Hai semua, sekian lama aku tidak mengusik belog ini akibat kerja yang agak berlambak, antara sedar dan tidak kita sudah hampir memasuki bulan mulia dan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan ramadhan, maka ramailah diantara kita sedang berpuasa ganti, mengantikan puasa yang tertinggal pada ramadhan tahun lepas, tak kurang jugak yang makan sakan dengan alasan nanti puasa nanti da tak boleh nak makan tengah hari ...hak elehh..itu sume poyo (sambil buat suara awie).

Teringat kenangan aku pada masa kecik dulu, aku rasa ramai yang ada cerita-cerita best yang terjadi pada bulan ramadhan ni kan, cuba korang ceritakan di ruang comment yer, share pengalaman bersama (cehwah, gaya macam ramai pembaca je tapi yang paling aku tak boleh lupa semasa first ramadhan aku, dimana arwah ayah aku mengajar aku yang mana pengajaran dia aku ingat smpai sekarang, untuk pengetahuan korang, arwah ayah aku mengajar cukup simple, dia bagi kita rasa, and then kita kena fikir sendiri dimana silap kita.

Pada first puasa aku (aku first pose terus full tau..haaaaa) pada umur 7 tahun, arwah ajak aku pergi bazar untuk membeli juadah berbuka, masa lapar semua nampak sedap macam-macam aku beli, arwah ayah aku kata jangan beli banyak, tapi aku kata aku boleh habiskan, so dia belikan je apa yang aku nak, dekat jugak 10 jenis juadah termasuk lauk pauk, air, dan pencuci mulut, nak dijadikan cerita sebelum start makan aku da teguk air banyak so kita automatic rasa kenyang, tapi aku makan jugak sebab arwah ayah dah mula buat muka garang (arwah ayah aku ni garang woooo..don't play-play), selesai je berbuka aku berjalan dalam 5@6 langkah terus aku termuntah balik, demam aku keesokkan harinya...hahahaha.

Dan sejak pada itu aku dapat pengajarannya, antaranya kira kena lawan nafsu semasa berpuasa, semasa membeli juadah (ramai yang kencundang part ni), kedua semasa berbuka jangan gelojoh, seelok-eloknya mulakan dengan buah tamar dan air, nanti takde la perut tu terkejut sangat, ketiga jangan makan berlebihan kerana kita nak menunaikan solat pulak, 
 وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
"makan dan minumlah kalian, dan janganlah berlebih-lebihan. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"

Tu diantara pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi semasa first puasa, insyallah ada masa aku ceritakan lagi pengalaman aku yang lain pada masa yang akan datang..

assalamualaikum

-panahhijau

Comments

Popular posts from this blog

Ride "mengejut" ke Cameron Highland

Al-kisah pada hari jumaat (aku tak ingat pulak brape haribulan) aku offday, dan untuk pengetahuan korang walaupon offday sehari, aku kerap balik ke kampung aku di kuala lipis pahang (rumah mak saudara aku) memandangkan hanya 2jam perjalanan dari kuala lumpur, aku pulak jenis yang tak suka budaya lepak-melepak ni (amat sesuai sebagai calon suami mithali...hahahaha), so solution nya aku balik kampung lagi best, jiwa bikers doe..hahahaha
Sesampainya aku di kampung, aku tengok sepupu aku sedang rancak memasak lauk-pauk dan lemang untuk meniaga (sepupu aku sorang je yang buat lemang di pasar malam kuala lipis, singgah lah kalau korang datang ke kuala lipis, best lemang in town) biasanya dia dibantu oleh anak-anak dia, so aku pon dimaklumkan bahawa diorang pergi ke ipoh perak, esok (sabtu) baru diorang balik ke sini.So skip pasal pasar malam, balik berniaga sepupu aku pon cakap, "esok kita naik cameron nak?" aku terkejut bila dia kata nak naik esoknya, aku punyalah plan dari taun l…

Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun

Saya jumpa blog ini melalui blog orang lain ketika saya sedang scroll di reading list. Tapi blog siapa, saya dah lupa.. Hehehehe.. Blog ini kemas dan paling penting, loading lajuu... Goodluck untuk diri saya, serta penganjur.. Semoga GA ini sukses yawww..

Kenali Jenis Panah Anda

Hai, harini takmo type panjang-panjang sebab sibuk sikit dengan kerjaya, (sejak ada second authors ni senang skit kerje.. hahahaha) just nk bagi picture tentang jenis-jenis bow yang ada, tapi jenis recurve bow ye, compound bow relex luu.. nanti aku buat entry tentang compound bow yer.. tu antara bow yang ad...banyak lagi sebenarnya..huhu
Lagi 1 jenis bow tradisional yang agak pelik adalah "Horn Bow" (panah tanduk), yup.. seperti namanya, ianya memang dibuat dari tanduk haiwan, Horn bow senang dikenali kerana bentuknya sangatlah pelik dari bow-bow lain. bow tradisional biasa sebelum pasang string.
bentuk "horn bow" sebelum pasang string.
See, sangat berlainan dari bow biasa, ada yang lagi extreme sampai jadi bentuk "O", dan biasanya bow ni popular dibelah-belah (orang pahang panggil "sebelah" belah je, *infomasi tambahan) asia timur, macam mongolia, korea, dan lain-lain.. sangat nature sebabnya gam pun guna gam ikan (fish glue), lepas tu diikat ketat-…