Skip to main content

Pengalaman Pertama Puasa


Hai semua, sekian lama aku tidak mengusik belog ini akibat kerja yang agak berlambak, antara sedar dan tidak kita sudah hampir memasuki bulan mulia dan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan ramadhan, maka ramailah diantara kita sedang berpuasa ganti, mengantikan puasa yang tertinggal pada ramadhan tahun lepas, tak kurang jugak yang makan sakan dengan alasan nanti puasa nanti da tak boleh nak makan tengah hari ...hak elehh..itu sume poyo (sambil buat suara awie).

Teringat kenangan aku pada masa kecik dulu, aku rasa ramai yang ada cerita-cerita best yang terjadi pada bulan ramadhan ni kan, cuba korang ceritakan di ruang comment yer, share pengalaman bersama (cehwah, gaya macam ramai pembaca je tapi yang paling aku tak boleh lupa semasa first ramadhan aku, dimana arwah ayah aku mengajar aku yang mana pengajaran dia aku ingat smpai sekarang, untuk pengetahuan korang, arwah ayah aku mengajar cukup simple, dia bagi kita rasa, and then kita kena fikir sendiri dimana silap kita.

Pada first puasa aku (aku first pose terus full tau..haaaaa) pada umur 7 tahun, arwah ajak aku pergi bazar untuk membeli juadah berbuka, masa lapar semua nampak sedap macam-macam aku beli, arwah ayah aku kata jangan beli banyak, tapi aku kata aku boleh habiskan, so dia belikan je apa yang aku nak, dekat jugak 10 jenis juadah termasuk lauk pauk, air, dan pencuci mulut, nak dijadikan cerita sebelum start makan aku da teguk air banyak so kita automatic rasa kenyang, tapi aku makan jugak sebab arwah ayah dah mula buat muka garang (arwah ayah aku ni garang woooo..don't play-play), selesai je berbuka aku berjalan dalam 5@6 langkah terus aku termuntah balik, demam aku keesokkan harinya...hahahaha.

Dan sejak pada itu aku dapat pengajarannya, antaranya kira kena lawan nafsu semasa berpuasa, semasa membeli juadah (ramai yang kencundang part ni), kedua semasa berbuka jangan gelojoh, seelok-eloknya mulakan dengan buah tamar dan air, nanti takde la perut tu terkejut sangat, ketiga jangan makan berlebihan kerana kita nak menunaikan solat pulak, 
 وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
"makan dan minumlah kalian, dan janganlah berlebih-lebihan. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"

Tu diantara pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi semasa first puasa, insyallah ada masa aku ceritakan lagi pengalaman aku yang lain pada masa yang akan datang..

assalamualaikum

-panahhijau

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun

Saya jumpa blog ini melalui blog orang lain ketika saya sedang scroll di reading list. Tapi blog siapa, saya dah lupa.. Hehehehe.. Blog ini kemas dan paling penting, loading lajuu... Goodluck untuk diri saya, serta penganjur.. Semoga GA ini sukses yawww..

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com