Bawa motosikal ni memang best. Lebih mudah dan pantas kalau nak ke mana-mana pun. Bila traffic jam pulak, tak payah nak stres sebab boleh main selit-selit je. Berangin pulak tu. Hehe.. Tapi dalam seronok-seronok tu, sebenarnya penunggang motosikal ni terdedah dengan bermacam-macam bahaya atas jalanraya. Nak bawa motor ni perlukan skill dan kemahiran jugak. Silap langkah, memang ke hospital lah jawabnya! Haa..jom tengok situasi-situasi bahaya yang selalu penunggang motosikal lalui.. Riders semua mesti boleh relate kan dengan situasi ni semua.. Jalan licin bila lepas hujan Kalau bawak motor ni memanglah senang mencelah, tapi bila hujan, terpaksalah tunggu bawah jambatan. Lepas tu pulak, confirm jalan jadi licin kalau hujan lebat. So, kepada riders di luar sana tu, kenalah hati-hati dan jangan pecut pulak. Silap haribulan, terbabas pulak motor korang tu. Batu-batu kecil atau pasir atas jalanraya Kadang-kadang bahaya bukan sahaja datang dari pen